Tuesday, 5 July 2011

Family Holiday ke Kota Kinabalu Sabah Part 1

Pejam celik.... sudah hampir ke penghujung bulan 6... Bulan 6 banyak meninggalkan memori suka dan duka.... Actually  baru baru ni aku dan family telah bercuti ke Sabah.... Percutian tahunan kali ini... aku yang rancangkan.... Seronok dan penat.... Namun ada juga yang tak seronoknya.... 2 hari sebelum berangkat, aku di serang sakit mata.... Adoi... puas juga aku untuk mengurangkan sakit mata... bukan itu saja semasa hari nak bercuti tekak aku semakin parah sehingga hilang suara.... Aku menjadi bahan gelak adik beradik ku... Dah lah sumernya aku yang uruskan tempahan camne... ni. Sumernya aku berjaya tempohi dengan jaya nya... Hahahhahahahah.....

Okies.. penerbangan kami pada hari itu adalah pada pukul 1120 pagi.... kami bergerak dari rumah jam 630 pagi menuju ke KL Sentral... First time menaiki ERL bersama keluarga... Tak ku sangka adik beradik ku yang selalunya malas bangun pagi itu dengan jaya nya telah berjaya menyiapkan diri tepat pada masanya... Bak kata mak aku sumer excited nak bercuti siap membilang hari..... Kami sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam pukul 2 ptg dan aku terus menuju ke kaunter sewa kenderaan... Aku telah menyewa sebuah kereta Hyundai Starex untuk kegunaan kami sepanjang percutian ini... Pada mulanya aku juga was was samada kereta ini akan memberi kami keselesaan.... Alhamdullillah memang muat dan cukup untuk keluarga aku yang berjumlah 9 org... Pemandu nya adalah husband aku....Manakala aku dan adik bongsuku menjadi co pilot...

Perjalanan di mulakan dengan destinasi kami yang pertama... Pada mulanya aku merancang untuk melawat beberapa kawasan di kundasang sebelum check in... Malangnya perjalanan yang agak perlahan kerana keadaan jalan dan juga lori yang banyak menyebabkan kami sampai ketika hari telah menjejak ke pukul 6 ptg.... 6 Ptg di sana bleh lah di ibaratkan seperti pukul 7 atau 8 di semenanjung.. Agak gelap.... dan kami terus check in di Kinabalu Pines Resort... Agak puas hati walaupun bilik kami agak berjauhan kerana ramai yang telah check in lebih awal.... Malamnya setelah berehat seketika kami menjamu mkn makan malam di cafe yang di sediakan... Kerana tidak mahu mkn nasi kami sepakat untuk makan steamboat, bak kata abg sulungku dia teringin nak rasa steamboat sabah... Hahahahhahah mengada sungguhhhh... Oleh kerana kepenatan... akibat perjalanan yang makan masa 2 jam juga akibat keletihan menaiki kapal terbang... masing masing kembali ke chalet dan terus tidor..... Itulah aktiviti kami pada hari pertama...


Menu wajib.. dinner steamboat... every vacation mesti cari ini...



Kesian adik ku yang tidak sihat... kerana mabuk dalam perjalanan....



Amik jangan tak amik... banyak lagi tuh...









My Lovely parents... Thanks ...

No comments:

Post a Comment