Thursday, 14 July 2011

Sabah Part 3

Sesungguhnya aku merasa sedikit malas untuk menyudahkan pengembaraan di Sabah.... Apapun aku harap dapat menyelesaikannya di sini.. Penat sudah,.,..... Okey setelah penat bergambar di kaki gunung kinabalu kami pun bergerak ke Kota Kinabalu.. Perjalanan sedikit lancar namun mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai di Bandar... Sesampai nya di Bandar, kami menginap di Tang Dynasty Hotel.... di tengah bandar.... kerana masing masing telah kelaparan kami terus mencari makan malam ... Selesai makan malam barulah kami masuk ke bilik masing masing untuk beradu.. Namun bagi suamiku dan dua org adik ku mereka mengambil kesempatan untuk mengunjungi kedai mamak... (klu dah lelaki mana bleh lupa teh tarik kedai mamak....)
Pagi hari ke tiga kami bangun awal untuk bersarapan .. Pada hari ini kami akan ke pulau untuk aktiviti snorkeling... Sebelum itu memandangkan hari ini adalah hari ahad kami singgah dulu di pasar tamu untuk membeli cenderahati ....Tiba di jeti kami mula mencari agen yang bleh memberikan kami harga yang berpatutan... Akhirnya kami memilih untuk charted sebuah bot dengan harga RM 300...agak berbaloi... memandangkan keluarga aku juga ramai... Pulau pertama yang kami pergi adalah pulau sapi....kemudian pulau mamutik dan akhirnya pulau manukan.. Di Pulau Mamutik aku dan adik bongsuku telah sepakat untuk mencuba payung terjun... Seronok juga kami .... Malangnya kami tak sempat mengambil gambar aktiviti kami... Lain kali bolehlah ya.... Itulah aktiviti kami sepanjang hari... Kami berangkat pulang pada pukul 5 ptg.. kerana itulah masa terakhir .... Pulangnya masing masing dah kepenatan... Malamnya kami makan malam di kawasan sekitar pasar Filipina dan terus menyambung membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke semenanjung.. Enjoy gambar ye....
 





Kesian adik ku yang kekejangan...











Dua jejaka perasan... tetapi sudah berpunya ya....






No comments:

Post a Comment