Hari pertama di Bandung dihabiskan dengan acara membeli belah, paginya kami shoping di Pasar Baru. Selesai kami ke hotel untuk Check In, setelah berehat seketika kami sambung lagi shoping di Toko Tiga dan juga Terminal Tas. Untuk makan malam, kami menuju ke Stone Cafe, Jalan Dago. Seronok makan di sini di samping makanan nya yang memuaskan hati dan memenuhi citarasa ada juga persembahan Life Band. Kebetulan hari itu adalah hari lahir adik ku jadi kami celebrate sekali.
Hari kedua awal awal lagi kami sudah bangun untuk bersarapan, dan bersedia untuk menuju ke Kawah Putih yang mengambil masa lebih kurang 2 jam tambahan pula pada hujung minggu. Macet jadinya. Puas menikmati pemandangan di Kawah Putih kami bergerak ke Jalan Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit pada harga yang mampu di miliki. Sesungguhnya masa tidak mengizinkan maka kami bergerak ke Bandar untuk makan malam. Kali ini kami makan di Dakkar. Western style yang juga memenuhi citarasa.
Hari ketiga kami bergerak ke Takuban Perahu, dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel.Puas di Takuban Perahu kami sambung shopping di FO Jalan Riau dan FO Jalan Dago. Malam kami makan di Kampung Daun. Tempatnya menarik cuma makanannya kurang menepati citarasa kami sekeluarga.
Hari terakhir kami di Bandung kami kembali ke Pasar Baru untuk menghabiskan balance duit Rupiah dan juga mencari barangan yang masih belum dibeli hasil kiriman org Malaysia. Kami lunch di Kartika Sari, makanannya agak memuaskan hati dan berbaloi dengan harganya. Selesai lunch kami membeli serba sedikit di Kartika Sari dan seterusnya kami gerak ke Lapangan Terbang. Awal kami tiba di sini kerana Mummy tidak mahu lagi terjadi kes kelewatan. Flight kami pada mlm selamat tiba di Malaysia dengan hasil borangan yang memuaskan hati dan seribu satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan. Hajat di hati mahu ulang kembali ke Bandung kerana ada beberapa tempat yang tidak sempat di lawati, oleh itu rajin rajinlah menyimpan untuk repeat lagi.
No comments:
Post a Comment