Wednesday, 18 January 2017

2017






Salam Tahun Baru 2017

Huhuhu, sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan satu. Januari 2017. Lama sudah tidak mencoret rasa... Rindu nak merapu lagi... Apakan daya pelbagai rintangan dan halangan menjelma (ayat poyo lebih)... Kikikiki

Banyak juga coretan 2016 yang tertinggal. Tengoklah nanti kalau kerajinan menjelma aku coretkan disini... Permulaan tahun 2017 tidak begitu cantik bagi aku. Awal tahun ini aku dilanda masalah kesihatan, hampir 2 minggu aku cuti sakit dan cuti rehat. Lama sungguh sehinggakan sembab dan badan ini. Akhirnya aku paksakan juga untuk bekerja. Jika tidak pasti banyak kerja yang tertunggak. Inipun ada separuh lagi yang perlu diselesaikan.


Untuk 2017, semoga pada tahun ini aku dan keluarga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, murah rezeki dan bahagia selalu. Semoga awan mendung yang hadir berlalu membawa mentari baru.



Terima kasih kawan kerana tetap berada disamping.




Sayang selalu,

Adeq.

Saturday, 7 May 2016

Jerry dalam kenangan

Ternyata harapan hanya tinggal harapan... Akhirnya Jerry tumpas jua... Meninggalkan kami bersama kenangan yang tak mungkin dilupakan... Kenangan suka duka... Dari Jerry kecil ditemui di pasar, membelanya walaupun ketika itu aku agak takut dengan kucing... Jerry dan Tom yang menyebabkan aku mula menyayangi makhluk Allah selain manusia.... Kasih sayang yg x berbelah bagi... Walau Jerry telah meninggalkan kesan parut kekal di tubuhku... Aku tetap bersedih kehilangannya.. Sudahlah Tom meninggalkan kami tahun lepas kini Jerry pula mengikut jejak... Ya Allah... Sungguh aku tak berdaya ... Kini tiada lg gurau senda dari mereka.. Tiada lg rayuan ketika aku menyediakan makanan mereka.. Alam juga turut bersedih dengan kehilangan Jerry... Sejurus selepas kami mengebumikan Jerry hujan turun mencurah curah bagai kan hati ini yg telah retak... Jerry sungguh aku akan merindui pandangan mu... Aku akan merindui gurauan mu... Damailah disana sayangku... Kau tidak sakit lagi... Dan kau dapat menemui adikmu kembali... Selamat tinggal sayang... 


Renungan terakhirmu.. Bersama adik angkat mu Betty yang sentiasa menemanimu sejak kau pulang dari klinik...



Kali terakhir kau berjalan jalan ...



Pandangan terakhirmu...






Selamat jalan Jerry... Tenanglah dikau disana... Mama tetap menyayangi dan mengingatimu sentiasa..

Jerry dalam kenangan 
2005 -  5 May 2016

Wednesday, 4 May 2016

April story



April leave behind with sad  news... Bulan lepas my cat, Jerry jatuh sakit. Mulanya dia x lalu mkn... After few days sy membawa Jerry ke klinik dan Jerry ditahan untuk masuk air n blood checking.. Risau nya hati apa keputusannya... Tak sanggup nak bayangkan... Keputusan darah yang diterima tidak memberangsangkan... Jerry didapati mempunyai Kidney failure dan hati nya juga menunjukkan kesan yg x begiti baik.. 5 hari Jerry ditahan, ketika hari utk dibawa pulang aku menemui dr terlebih dahulu. Berita yg disampaikan amat berat... 
Jerry kini memerlukan penjagaan yg rapi. Makan minumnya perlu disuap. Beratnya semakin menurun dan pergerakannya semakin merosot. Jerry masih lagi boleh bergerak namun ada kalanya pergerakannya agak bergoyang sealan mahu timpang... Walau apa pun yg terjadi aku akan cuba utk menjaga Jerry sebaik mungkin. Aku amat menyayangi Jerry... Hampir 10 tahun Jerry bersama.. Kenangan bersamanya amatlah banyak.