Lama sudah tak menulis... tetiba pagi ni terasa rajin pula nak mencoret kata... Tambahan pula dengan suasana sejuk akibat hujan di pagi hari... hehehe....Pejam celik pejam celik Ramadhan sudah hampir ke penghujung.....Puasa kalini kami kurang membeli makanan di luar... Entah kenapa kali ini aku rajin nak memasak untuk makanan berbuka dan sahur kami..... Alhamdullillah tahun ini suamiku rajin bangun sahur.... Namun bila dah hampir ke penghujungnya aku sendiri dah buntu untuk masak apa bagi juadah berbuka kami.... dah lah suamiku mensyarat kan juadah kami sekurang kurangnya ada lauk berkuah... puas aku nak pikirkan... adoi ai... klu dikenangkan malas dah nak memasak tapi bila di fikir fikir balik serik aku membeli masakan di luar... Dua kali aku terkena bila di bawa pulang lauk dah basi tanpa sempat menunggu sahur... berbuka pun dah basi... apa lah nak jadi peniaga sekarang.. udahlah harganya agak tinggi makanan pula tidak berkualiti....
Bagaimana pula dengan persiapan raya... Untuk tahun ni kami bersederhana sahaja... (Namun aku dapat juga membodek encik suami untuk sepasang baju raya... heheheh ia juga adalah hadiah sempena anniversary kami dan aku membelikannya sepasang capal sebagai hadiah) Minggu lepas kami jalan jalan ke Jalan TAR....Mangai... ramainya umat... walaupun banyak pilihan pakaian yang diperagakan namun satu pun tak menepati citarasa ku... Akhirnya setelah menempuh hujan dan hari semakin petang... Kami menamatkan pencarian kami di GLOBE.... dapatlah aku sepasang baju kurung yang memang aku idamkan... Puas aku mencari... Itu pun baju itu tinggal sehelai sahaja lagi untuk warna dan saiz yang aku kehendaki.... memang rezeki aku kali ini... Kami keluar shoping aritu dengan menaiki motor bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga masalah parking... Selain itu suamiku turut menyambar sepasang sandar Dr Cardin dan juga sepasang capal..... Sebelum kami ke jalan TAR kami singgah ke Sungai Wang ... Tapi tiada yang berkenaan mengenangkan hari masih awal kami teruslah ke Jalan TAR.....
Niat di hati ingin berbuka di Flamming, Sunway Piramid malang nya tiada lagi kekosongan untuk berbuka puasa... Sudahnya kami makan di kedai berhampiran rumah... Yelah kami tiba di rumah sudah pukul 6, dengan kepenatannya... tak kose aku nak masak... Lalu kami mengorder makanan dan pulang untuk mandi dan bersiap... Kedai tu dekat je ngan rumah kami... so dalam pukul 7.15 kami pun berjalan kaki ke kedai.. Kata encik suami ;"kita jalan kaki je lah jimat sikit minyak dan dapat lah excercise"... Yelah sangat.... Menu kami pada hari tu adalah Tomyam Ketam, Puyuh Goreng Kunyit dan Ikan Siakap Tiga Rasa.... Bersama sama Laicikang... Aduh puas sungguh kami makan ....Berbaloi baloi kata suamiku .... Setelah makan kami pun pulang dengan senyuman sehingga ke telinga... Masing masing puas kerana hajat telah tertunai...
Minggu depan aku dah start bercuti... Kalini kami akan pulang ke Perak dahulu beraya bersama keluarga mertua dahulu....Aku bercuti seminggu...Yelah itu pun kerana Hari Raya kali ini jatuh pada pertengahan minggu... Tak kuasa aku nak datang bekerja baik habiskan cuti seminggu... hehehehhe...Lagipun suamiku telah menerima jobs pada hari raya ke 4 jadinya... aku akan ikut sama...Ermmmm.... apa lagi ye... Sepanjang puasa pada tahun ini aku dah berbuka puasa bersama keluargaku juga bersama keluarga mertuaku... Meriah sungguh dan aku amat bersyukur kerana dapat menikmatinya.....
* aku telah membasuh baju baju raya kami... tunggu untuk dipakai di pagi raya sahaja... seronoknya...tapi pada aku puasa dan raya tahun ini kurang meriah... kenapa ya....? Seperti tahun sudah anniversary kami tahun ini jatuh pada bulan puasa makanya tiada lah sambutan di luar ... bukan tak nak.... niat di hati ingin makan steamboat tapi bila call walaupun baru pukul 12 tgh hari bookingnya telah di tutup jadinya duk lah dediam kat umah... Encik suami ada membelikan aiskrim sebagai desert...Wah panjang pula celoteh ku kalini... harapnya lain kali aku akan lebih bersemangat untuk mencoret kata tanpa membiarkan ianya bersawang lagi... Akhir kata... ENJOY !!!!!!!
Salam aidilfitri & Maaf zahir batin
ReplyDeleteThanks Selamat Aidilfitri juga
ReplyDelete