Thursday, 14 June 2012

Menjenguk rumah yang ditinggalkan

Salam pagi Khamis,

Lama sudah saya tak mencoret di sini...Biasalah apabila M datang segalanya x menjadi. Banyak perkara yang telah berlaku beberapa bulan ini. Antaranya anak bulus saya dilanda sakit.. hampir sebulan... menguruskannya.. baik yang ni yang sana pula sakit.. sekarang ini Tom sudah beransur pulih, Jerry pula yang dah baik kini selsema semula.. tambah kesian apabila banyak bulu nya hilang akibat kutu. Harap dia akan segera sembuh... Nanti nak bawa g klinik lagi... Sabar ya sayang...












Disamping itu baru baru ini saya telah membawa keluarga saya ke Pejabat Passport Putrajaya untuk renew passport kami untuk tujuan percutian keluarga tahun ini... Tak sabarnya.... Kami sampai di Putrajaya lebih kurang pukul 9 pagi memandangkan Kiosk tidak berfungsi terpaksalah kami beratur dan menunggu giliran. Suami saya yang pada mulanya malas beratur terus bersetuju untuk membuat sekali. Giliran kami adalah 1144 bayangkan pada ketika itu giliran baru angka 1030. penat juga nak menunggu hampir pukul 11  pagi barulah giliran kami. Setelah membuat pembayaran dan menunggu passport siap pada hari yang sama. Lebih kurang pukul 1 tgh hari segalanya selesai. Kami pulang dengan perasaan gembira kerana telah menyelesaikan urusan passport.Kini hanya tunggu hari untuk pergi sahaja. Setelah selesai saya membawa keluarga makan di Bandar Baru Bangi.. Terima kasih kepada Puan Naemah yang telah menunjukkan kedai yang menjual Dimsum (memang sedap tak dinafikan lagi... dan berpatutan dengan harga yang saya mampu)... Pada mulanya saya membeli untuk adik dan emak saya makan apabila pulang ke rumah... Tetapi di sebabkan KESEDAPANNYA emak saya telah makan hampir kesemua Dimsum itu... Sedap katanya... Ini antara hidangan yang kami makan.


 

Wahhhhh panjang pula kali ini... Sudah sudahlah untuk kali ini ... Nanti panjang sangat bosan pula... Ada  beberapa  gambar yang nak di kongsi sebelum melabuh tirai.... (tentunya gambar mkn kerana sekarang aku tengah lapar... hahahahhahah)


 

 
 



Notes:
*  Puasa dah hampir menjelang baju raya tak hantar lagi, tailor biasa dah tak ambil ada sesapa yang tahu tailor yang still ambil tempahan... Silap hari bulan tiada baju raya tahun ini,.....Nasiblah badan....

# Renungan untuk diri sendiri, Kadangkala kesalahan yang dilakukan tidak di sedari dan sering kali kita meletakkan kesalahan pada orang lain.... Susah untuk mengakui kesalahan sendiri dan acap kali apa yang kita lakukan akan kembali kepada kita semula.. Doaku semoga Allah mengampuni dosaku dan menyedarkan aku atas kesalahan jua kesilapan yang aku lakukan dan semoga aku masih sempat untuk berubah bukan untuk kepentingan orang lain tapi adalah untuk diri sendiri. Terima kasih juga Allah kerana masih memberiku kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan diri ini. Sesungguhnya aku amat menyedari bahawa diri ini hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. AMIN.....

1 comment:

  1. mmg risau kalau anak-anak sakit tak tentu arah kita dibuatnya, alhamdulillah semuanya beransur pulih..moga semakin sihat semuanya ^_^


    sedapnya puasa2 tgk gmbr makanan tuh huhuu...

    ReplyDelete