Friday 19 April 2013

Bila keyboard berbicara...

Salam pg Jumaat,


Lama sudah aku tak mencoretkan  kata kata kat sini.... Antara kesibukan dan kemalasan yang melanda menyebabkan tiada entry yg dapat ku paparkan...

Apa ye nak citer, sepanjang hampir 4 bulan di tahun 2013 bermacam perkara telah berlaku.... Impian ku belum tercapai masih lagi dalam proses percubaan moga dikurniakan rezeki ke arahnya...

Baru baru ni aku terpilih mengikuti kursus di Port Dickson.. Almaklumlah aku antara org yg bermasalah so kursus itu aku hadiri antara mahu dengan tidak... Sesungguhnya apa yg aku perolehi amat bernilai dan tiada yg mampu aku bandingkan...


Dan seperti biasa bila balik berkursus terutama nya kursus luar aku akan mengalami saat saat kebingungan , itu kata BFF aku... Aku tak nafikan memang dalam seminggu dua ini aku agak bingung  dan emosi aku tak cukup stabil... Yelah g kursus anjuran kaunseling, segala cerita lama mula timbul kembali... Walau tak aku minta namun luka lama seakan berdarah kembali bila detik detik yang cuba dipendam selama ini kembali digali... Aduh binggung aku ....


Anak anak bulus masih seperti biasa cuma si Jerry mengalami selsema yang berpanjangan, kata Dr sistem imunisasinya telah berkurangan tambahan pula umurnya telah meningkat jadi dia memerlukan suplement tambahan... Kebetulan pada masa itu suplement nya telah habis.. kesian aku tengok... Takpalah... selepas ini aku akan pastikan bekalan suplementnya x kan habis lagi... Aku amat menyayanginya...


Apa lagi ya nak citer, keadaan kat office makin ok... Harapnya akan berkekalan begini... Hidup masih seperti biasa... Segalanya agak normal... Cumanya aku je yang x berapa normal.. Kena tarik hand break untuk mengurangkan kelajuan... Hahahahah... Oklah kepala aku dah migrain banyak sangat fikir... tulah pasal... lain kali sambung lagi... Ok, see you next time... Until the time come take care and be good...



Love you all,

ADEQ...


No comments:

Post a Comment