Wednesday, 30 March 2011

Kita akan menghargai sesuatu apabila ......

Lama dah aku tak update.... Bukan apa cuma sedikit bz dan serabut.... Kat sini aku nak cerita pasal kucing betina aku yang bernama tom atau kekadang aku panggil tommy... hehehehhe.. Alkisahnya... jumaat lepas masa aku tgh bersiap nak pergi kijer cam biasa suami aku buka pintu bagi kucing ni main main kat koridor depan rumah... Sekalitu bila aku dah siap dan panggil diorg makan tgk si tommy ni tak masuk masuk rumah juga. Puas jugalah pagi tu aku mencari dari tingkat atas sampai bawah....Sampai suamiku tegur, "pagi - pagi dah jogging...." last - last dengan hati yang tak tenteram aku pergi kijer gak...dalam kepala dah dok pikir mana lah si tommy ni pergi.....Dalam hati aku berdoa agar dia akan pulang... Balik kijer aku bergegas pulang, tapi hampa kerana dia tiada juga... Hancur hati aku, bila teringat kan kata - kata suamiku... mungkin dia dah kena makan ngan org myanmar... kebetulan kat area rumah aku memang ramai suku sakat itu... Tambah hati aku bercelaru menunggu kepulangan suamiku... Ketika suamiku pulang , dia pula cuba mencari di blok kami. Siap bawa si Jerry (abg Tommy) kat tingkat atas si Jerry dah mengiau bising, kata suamiku mungkin Tommy ada kat atas tapi tak tau rumah yang mana satu.... Akhirnya aku bersiap untuk menjemput adik dan adik iparku yang berada di Shah Alam, atas permintaan parents ku. Sebagai cara untuk menghilangkan kesedihanku, suamiku membawa kami berkaraoke di Sunway.... Ketika itu aku tak mampu nak kata apa.... Cuma rasa sedih kerana kami telah membela mereka sejak dari kecil lagi... Selesai menghantar adik ku pulang dan ketika sampai di rumah kami terdengar bunyi Tommy... Gembiranya hati ketika itu....Setelah puas bermain alarm kereta akhirnya kami berjaya menjejaki di mana Tommy berada... Ketika di bawa pulang , Jerry siap berlari keliling rumah kegembiraan. Thanks... kerana menghiburkan kami....Aku merasa amat gembira kerana akhirnya kucingku telah pulang ke rumah....Start dari hari itu kami tak akan membuka pintu untuk mereka bermain di luar tanpa pengawasan kami.. Happy ending.....

Inilah gambar kucingku Tom @ Tommy....Nakal dan suka mengejutkan kami di waktu pagi....Tapi aku sayang dia...

No comments:

Post a Comment