Wow... agak lama gak aku tinggalkan blog ini.... Bukan apa.. tak da apa sangat yang nak di ceritakan.... Sekarang ini aku dalam misi untuk menguruskan badan kerana ianya telah mencapai tahap yang agak membimbangkan... Dan aku telah meletakkan tanda aras dan juga ganjaran sekiranya aku berjaya... Hahahahahahahah, nak tau apa dia.. Aku nak beli seluar jeans LEVIS CURVE....Semuanya gara - gara window shopping dan suami tercinta telah mengoffer untuk membelikan seluar itu dengan syarat aku kena turunkan berat badan... Gempak gitu....Tak pe, sabar dulu ye... nanti aku akan menyusul... Simpan dulu duit tu baik baik... Hehehehhehe... Bukan senang nak tunggu sang suami mengoffer diri....Seperti org lain kami juga teringin untuk mempunyai harta sendiri, justeru itu kami telah meronda - ronda mencari rumah kediaman dengan harga yang mampu kami tanggung... penat lah juga mencari... Aku harap kami akan dapat memiliki nya sebelum hujung tahun ini....
Bebanan kerja... seperti biasa cuma perancangan agak menakutkan dimana lebih banyak bebanan kerja akan menyusul.... Aku harap aku tak akan stress dengan semua itu...Tahun ini aku mempunyai 3 azam utama, 1 adalah untuk menguruskan berat badan dimana aku rasa agak berat juga.... kedua adalah impian untuk memiliki kediaman sendiri bak kata abg, umur dah makin meningkat harta tak da lagi.... . Yang terakhir adalah hasrat untuk mempunyai cahaya mata....Maklumlah kami dah berkahwin hampir 3 tahun.....Hati ingin sekali menimang cahaya mata sendiri...So doakan kami akan berjaya....
Kediaman yang selesa.... untuk mencapai impian yang seterusnya.....
Cahaya mata pengikat kasih .... menceriakan kehidupan.....
No comments:
Post a Comment